10 July 2013

MINYAK HABBATUS SAUDA' PERAHAN SEJUK(cold press)







Assalamualaikum wrt...




APA ITU PERAHAN SEJUK?


Minyak yang dihasilkan dari bijirin Habbatus Sauda’ dari bahan mentah tanpa dicampurkan dengan apa-apa kimia dalam proses penghasilan tersebut.
Minyak Kekal Habbatus Sauda’ yang terbaik dihasilkan oleh proses perahan sejuk (cold press) di bawah paras suhu 30 darjah celcius.  Suhu yang tinggi dalam proses pemerahan boleh merosakkan mutu minyak yang dihasilkan.
Untuk tujuan penyembuhan dan perawatan juga maka yang terbaik ialah minyak kekal yang dihasilkan oleh perahan sejuk.  Minyak Habbatus Sauda’ yang dihasilkan dengan cara ini akan berwarna kekuning dan mempunyai bau dan rasa yang baik.



Minyak perahan sejuk adalah yang dihasilkan dengan teknik perahan yang menggunakan teknik kehangatan rendah iaitu 30 darjah celsius. (sedangkan suhu badan manusia ialah 37darjah celsius). Tidak dinafikan sekiranya terdapat elemen panas dalam proses pemerahan, maka minyak yang dihasilkan akan lebih banyak. Bagaimanapun, ciri-ciri rasa, khasiat malahan warna akan berubah. Sebagai contoh, sekiranya 1kg biji habbatus sauda diperah dengan teknik panas, akan dapat menghasilkan di antara 500g-750g minyak habbatus sauda. Berbanding dengan 150g kalau dihasilkan melalui perahan sejuk.

Dan jelas minyak habbatus sauda perahan sejuk dihasilkan dalam bentuk kuning keemasan, berbanding perahan panas yang berwarna gelap. Analogi yang mudah, boleh dilihat pada minyak masak. Semua minyak masak baru akan berwarna kuning keemasan, tapi apabila telah digunakan beberapa kali atau dihangatkan berkali-kali, warnanya akan menjadi gelap. Dan tidak lagi berkhasiat.

Masyarakat yunani purba telah menggunakan Habbatus Sauda sejak 5000 tahun yang lampau untuk tujuan perubatan. Mayat raja Yunani pada masa itu akan ditanam bersama dengan Jintan Hitam untuk berfungsi sebagai pengawet mayat. Ahli perubatan Yunani Kuno,Galen telah menggunakan Habbatus Sauda dalam rawatan perubatan . Beliau merupakan tabib diraja bagi Maharaja Aurelius. Ahli perubatan Firaun telah mengenali Habbatus Sauda sejak 4000 tahun lampau. Dalam kubur Tuthakamun ditemui bekas khas Amphora yang digunakan untuk menyimpan minyak Habbatus Sauda. Ratu Nefertiti zaman firaun menggunakan habbatus sauda untuk menjadi cantik. Cleopatra seorang ratu Mesir,merawat tubuhnya dengan menggunakan minyak habbatus sauda dalam susu untuk mandian baginda. Bani Israel telah mengamalkan memakan minyak habbatus sauda bahkan ia menjadi ladang pertanian semasa zaman Nabi Sulaiman,Nabi Daud dan Nabi Musa.

Ibnu sina dalam Qanun fil al tibb menyatakan habbatus sauda merangsang tenaga ,membantu memulihkan kepenatan,membantu dalam kelelahan kronik serta memberi kesan terapi. Albiruni pula menyebut bahawa orang China dan India menggunakan bahan pemakanan sejak kurun ke 10 lagi. Banyak penyakit yang boleh sembuh dengan habbatus sauda dengan izin Allah iaitu kembung,susu ibu,sakit gigi,kulit berkudis,buasir,kusta ,gigitan anjing gila dan banyak lagi.....

KEBAIKAN Sauda':

ANALISIS KE ATAS MINYAK
Analisis telah menunjukkan bahawa Minyak Habbatus Sauda' mengandungi 0,5-1.5% essential oil. Ia mempunyai kesan holistic dengan baunya sahaja boleh mencetus pengluaran hormone dan bahan pembawa (messenger substance). Sebagai minyak ia dihadam masuk ke dalam salur limfa (lymphatic vessel) dalam usus, meresap ke dalam untuk membuka laluan dan membuang sumbatan (decongest) dalam kor sistem lymphatic.

KAEDAH PENGAMBILAN
LUARAN
Bila disapu di luaran ia ada tindakbalas rubefacient ( membekas dan merangsang peredaran darah ditempat yang digosok) dan kesan bius tempatan lembut (local anaesthetic effect)
DALAMAN
Bila diambil secara dalaman, ia menyebabkan rembesan saliva, menjadi expectorant (Mengeluarkan kahak, mucus dan hingus dari paru-paru, bronkus dan trachea), melegakan kembung dan angin, colic sakit perut dan kesan purgative (pengeluaran isi perut)
HIDUAN
Bila dihidu aromanya ia merembes cecair badan, dan melegakan salur nafas yang tersumbat (congestion of the bronchioles)

TINDAK BALAS HABBATUS SAUDA' KEMUNGKINAN SEBAB/PUNCA
Berikut adalah senarai beberapa tindak balas awal yang mungkin berlaku jika mula-mula mengambil Habbatus Sauda':
1. Muntah (Masalah sistem penghadaman)
2. Demam (Masalah usus kecil / besar)
3. Najis berdarah (Masalah anus (lubang dubur) dan buasir)
4. Cirit-birit (Masalah limpa / hati)
5. Berpeluh (pengeluaran haba dalam badan)
6. Sengal bahagian sendi (Masalah urat darah dan reaksi kelebihan asid uric)
7. Sakit Pinggang (Masalah buah pinggang)
8. Sakit tekak / kerongkong (Masalah paru-paru)
9. Kencing berbau (Masalah buah pinggang)
11. Kencing manis bertambah (Masalah hati dan pancreas)
12. Pengeluaran haid berlebihan (Proses perubatan hormon dan masalah limpa)
13. Bertambah selera makan (Proses perubatan kolestrol)
14. Bengkak anggota badan (Masalah buah pinggang)
15. Gatal hidung (Masalah resdung dan alahan)


Menguatkan Sistem Pertahanan badan (Immune System) pada diri manusia.
1. Makan beberapa titis minyak atau 1/2 sudu teh  Minyak Habbatus Sauda' untuk dimakan setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan secara berterusan.
2. Jika mempunyai masalah yang lebih berat, maka disyorkan mengambil satu sudu teh (5ml) sebelum sarapan pagi.
3. Selain dari itu sebagai alternatif Habbatus Sauda' boleh di ambil sebagai kapsul atau kapsul minyak Habbatus Sauda'. Dosage adalah mengikut saranan pengeluar. Salah satu penemuan awal dalam kajian ke atas Habbatus Sauda ialah keupayaannya meningkatkan sistem pertahanan badan.
“ Habbatus Sauda' memiliki peranan yang penting pada pencegahan tumor & kanser.Pada penggunaannya dalam waktu yang lama minyak Habbatus Sauda' memperkuat sistem pertahanan badan. Selain itu dapat mempercepat pembelahan sel ”.Dr. Stanley Kopok,
University of Arizona, USA
Kesan pengambilan Habbatus Sauda' dengan nilai pemakanan dan nilai perubatannya, bukan sahaja ia membantu memulihkan keadaan semasa tetapi ia juga membantu tubuh membina daya ketahanan terhadap kemungkinan serangan penyakit.


KECERGASAN MINDA
Tenaga untuk mengulangkaji pelajaran
Minum ½ sudu minyak Habbatus Sauda', atau campurkan dengan minuman panas.
Menguatkan Ingatan/MEMORY IMPROVEMENT
Satu sudu teh minyak Habbatus Sauda' dicampur dengan 100 mg daun MINT yang direbus. Selain dari itu biji Habbatus Sauda' yang dihancurkan boleh dicampurkan ke dalam minuman panas. Ia diminum ketika diperlukan.


KENCING MANIS / DIABETES
1. Amalkan minum satu sudu teh (5ml) minyak Habbatus Sauda' sebelum sarapan pagi.
2. Campurkan satu cawan biji water cress (Nasturtium microphyllum) dengan secawan Habbatus Sauda', setengah cawan kulit pomegranate, san setengah cawan fumitory (Fumaria officinalis). Hancurkan sehingga jadi tepung, ambil setengah sudu campuran itu dengan satu sudu (5ml) minyak dara Habbatus Sauda' setiap pagi sebelum sarapan selama sebulan.
Peringatan:
Sebarang kaedah rawatan kencing manis hendaklah diselaraskan dengan nasihat doktor. Pengetahuan tentang penyakit ini amat penting dalam mengawalnya.
Habbatus Sauda'
1. Menolong mengurangkan rasa lesu dan lethargic pada pengidap kencing manis. Hidup akan menjadi lebih aktif dan bermaya.
2. Menolong mengurangkan tahap gula dalam darah. Ada kes-kes di mananpengambilan Habbatus Sauda menyebabkan penurunan gula dalam darah dengan mendadak (hypoglycemia) tahap gula dalam darah yang rendah adalah amat merbahaya. Ia boleh menyebabkan pengsan dan fatality. Oleh sebab itulah pengambilan Habbatus Sauda' mestilah diselaraskan dengan rawatan konvensional.
Antara langkah yang mungkin perlu diambil ialah:

1.Mengurang atau menambah kuantiti pengambilan Habbatus Sauda' mengikut tahap gula dalam darah. Adalah penting untuk pengidap kencing manis untuk memantau tahap gula mereka di klinik atau hospital. mengunakan Alat-alat pembacaan tahap gula dalam darah boleh dibeli dengan harga yang berpatutan.
2.Mengikut nasihat doktor dalam pemakanan.
3.Pengambilan Habbatus Sauda' juga boleh menolong mengurangkan kesan sampingan akibat kencing manis seperti kerosakan pada saraf hujung anggota badan (peripheral neuropathy), kerosakan kepada hati (liver), mata dan buah pinggang.
4.Biasanya penyakit kencing manis akan diiringi oleh masalah-masalah kesihatan yang lain seperti tekanan darah tinggi, masalah jantung, dan sebagainya. Pengambilan Habbatus Sauda' dapat mengurangkan penderitaan pengidap penyakit ini.
Seorang yang mengidap diabetes tidak dapat menghasilkan hormon insulin yang cukup untuk menggunakannya dengan efektif, sehingga menyebabkan tahap gula (glucose) dalam darah menjadi tinggi. Dengan peredaran masa, ketidakseimbangan ini akan
menyebabkan sakit jantung, kerosakan saraf, sakit ginjal, hilang penglihatan dan lain-lain komplikasi.

Ada dua jenis diabetes:
Type 1:
Diabetes bergantung dengan insulin yang biasanya terjadi sebelum umur 30 tahun.
Type 2:
Diabetes tidak bergantung kepada insulin yang menjadi 90% dari keseluruhan kes-kes diabetes biasanya muncul selepas umur 45 tahun.
Type 1 terjadi bila pankreas berhenti menghasilkan insulin.
Sebab-sebabnya tidak diketahui, berkemungkinan besar disebabkan oleh tindak balas auto-immun. Pengidap jenis ini mesti mengambil insulin sepanjang hidup mereka.
Jenis diabetes Type 2 terjadi apabila berlaku tentangan terhadap fungsi insulin. Pankreas mengeluarkan secukupnya insulin tetapi sel-sel badan tidak bertindakbalas kepadanya. Gemuk yang berlebihan adalah penyebab utama. Faktor genetik / keturunan juga
memainkan peranan utama. Habbatus Sauda' adalah herba yang efektif untuk menurunkan tahap gula dalam darah.
Selain dari itu seorang pengidap diabetes hendaklah:
Bersenam selalu, turunkan berat badan ia dapat menolong mengawal daibetes Makan makanan yang kurang gula dan lebih banyak fibre atau serat.

KANSER
Melawan & menghancurkan sel-sel kanser/tumor.
Makan beberapa titis minyak atau biji HabbatusSauda' untuk dimakan setiap pagi sebelum sarapan.
Rawatan untuk Kanser:
Campurkan 1 kg minyak Habbatus Sauda' dengan 1 kg madu asli kemudian panaskan selama 15 minit, selepas itu campurkan ½ cawan jus lemon dan biarkan ia sejuk. Ambil 2 sudu teh campuran ini setiap pagi selama 3 minggu atau lebih.
Semasa rawatan Radiotherapi/chemotherapi
Minum satu sudu teh minyak Habbatus Sauda' setiap hari.
Petua Cara Mencegah Kanser
1. Amalkan Minum satu sudu teh minyak Habbatus Sauda' sebelum sarapan.
2. 2 sudu teh minyak Habbatus Sauda' 2 sudu teh biji Habbatus Sauda' yang ditumbuk halus,1 sudu teh royal jelly, Panaskan sedikit minyak Habbatus Sauda dalam kuali, campurkan dengan biji yang telah ditumbuk halus, kemudian gaulkan dengan royal jelly dan angkat. Simpan ditempat yang sejuk.
Ambil satu sudu teh campuran ini sebelum makan 3 kali sehari. Amal selama 6 minggu kemudian selepas itu kurangkan dos nya kepada 2 kali sehari.
Keupayaan Habbatus Sauda untuk melawan, mencegah dan merawat kanser telah dibuktikan dalam kajian saintifik. Untuk contoh-contoh kajian yang telah dijalankan,
Di bawah ini adalah contoh kajian in vitro yang dibuat mengenai kanser payudara dan Habbatus Sauda':
1. Farah, I.O., Begum, R.A. Effect of Nigella sativa (N. sativa L.) and oxidative stress on the survival pattern of MCF-7 breast cancer cells. Biomed Sci Instrum. 2003;39:359-64.;
2. Farah, I.O., Assessment of Cellular Responses to Oxidative Stress using MCF-7 Breast Cancer Cells, Black Seed (N. Sativa L.) Extracts and H2O2. Int. J. Environ. Res. Public Health 2005, 2(3), 411-419 Pengkaji tersebut ialah Dr. Ibrahim O. Farah dari Department of Biology, Jackson State University, Jackson, MS 39217, USA

Berikut adalah rumusan pengkaji tersebut:
In conclusion, N. Sativa alone or in combination with oxidative stress was found to be effective (in vitro) in influencing the survival of MCF-7 breast cancer cells, unveiling promising opportunities in the field of cancer chemoprevention and/or treatment.
-“ Sebagai rumusan, Habbatus Sauda (Nigella sativa) sendiri atau kombinasi dengan oxidative stress …. Didapati berkesan… untuk mempengaruhi survival sel-sel kanser payudara…. Menyingkap satu peluang yang memberi harapan dalam bidang mencegah kanser… dan / atau rawatan.”
Dalam kajian tersebut ekstrak Habbatus Sauda' (menggunakan teknik ekstrak alcohol) telah dikenalpasti sebagai sangat berkesan membunuh sel-sel kanser payudara. Akhir sekali pengkaji tersebut telah mengesyorkan supaya kajian lebih mendalam dibuat dalam
usaha membongkar rahsia bagaimana Habbatus Sauda berfungsi sebagai anti-kanser...

sila amalkanMinyak habbatus sauda secara berterusan untuk mendapatkan keberkesanannya insyaALLAH,yakinlah dengan PEROBATAN SUNNAH,





11 comments:

  1. Terbaiiiiikkkk..... Terima kasih untuk info yg berguna ni... :)

    ReplyDelete
  2. Sama-sama en.hisyam kita hidupkalah amalan sunnah ini,..semoga mendapat manfaat insyaAllah.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih TT atas info... teruskan dakwah melalui cara pemakanan. moga diperludahkan, amin~

    ReplyDelete
  4. Ya sama2 En.saiful azri insyaAllah.

    ReplyDelete
  5. I am in Thailand. How can I buy your product?
    How much for habbatussauda in 1L and 10L?
    Do you have Food and Drug Administration license in you product?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes suruswadee..for detail please email to me at....attibminyaksauda@gmail.com
      thank you.

      Delete
  6. Ada jual lagi k minyak habbatus sauda' cold press ni? Tlg wasap sy 0132355200 (Maisarah)

    ReplyDelete