26 May 2016

PROMOSI ARGAN ASLI

Assalamualaikum


30ml
Salam sejahtera kepada seluruh pelanggan dan pengunjung blog At-tibb Minyak Sauda,kami mendoakan agar anda semua sihat hendaknya..
agak lama juga kami tidak mengemaskini blog kesayangan ini kerana kesibukan dan kekangan masa kami.

Baiklah kami disini ingin memaklumkan kepada seluruh pelanggan dan pengunjung semua, pihak kami telah memasarkan produk syarikat kami yang terbaru yakni MINYAK ARGAN  AT-TIBB  100% asli perahan sejuk tanpa campuran diimport khas dari morocco-maghribi..Minyak Argan memang terkenal diseluruh dunia akan keberkesanannya dan khasiat yang terkandung didalam setiap minyak yang terhasil dari bijinya..minyaknya juga sering digunakan sebagai bahan utama dalam menghasilkan Produk-Produk kecantikan samada Minyaknya Diformulakan bersama bahan-bahan kecantikan yang lain dan ada syarikat yang menghasilkan Minyak Argan sebagai SERUM untuk kecantikan wajah, kulit, rambut, dan terdapat juga pengeluar Produk yang memasarkan Minyak Argan 100% asli tanpa campuran

kami ingin berkongsi dengan anda tentang kebaikan Minyak Argan 100% asli tanpa campuran .. Minyak Argan asli telah mendapat permintaan yang tinggi diseluruh dunia untuk menghasilkan Produk kecantikan dan perubatan..
Baiklah kami akan menerangkan kepada anda apa itu Minyak Argan mungkin ada diantara anda yang sudah mengetahui dan mengunakannya..


Minyak Argan adalah minyak yang dihasilkan dari biji pokok Argan yang penuh dengan khasiat semulajadi untuk kosmetik dan kesihatan tubuh badan manusia secara dalaman dan luaran. Pokok Argan tergolong dalam spesis randa dapat hidup dalam cuaca dan keadaan muka bumi yang kering-kontang di bahagian barat daya Maghribi menjadikan ianya sangat istimewa dan unik serta amat sukar untuk di biakkan atau di tanam di mana-mana bahagian Maghribi ataupun negara lain.


Pokok Argan atau nama saintifiknya Argania Spinosa pernah meliputi Afrika Utara dan kini terancam serta berada di bawah perlindungan United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO). Pokok Argan tumbuh meliar di semi-padang pasir dengan sistem akar yang dalam, dapat membantu melindungi hakisan tanah di Utara Sahara. Tumbuhan unik ini hidup di kawasan yang meliputi dataran Intramontane yang luas lebih daripada 2,560,000 hektar, yang bersempadan dengan High Atlas dan Little Atlas Mountains dan terbuka kepada Atlantik di barat. Minyak Argan kekal salah satu daripada minyak yang jarang ditemui di dunia disebabkan oleh kawasan-kawasan yang semakin kecil dan sangat khusus.


Kebaikan dan Kelebihan Minyak Argan 

Untuk Diet Harian
Untuk hidangan sebagai diet Ia disajikan untuk sarapan pagi bersama-sama dengan roti bakar, dicelup ke dalam Minyak Argan serta madu. Hidangan tradisional Maghribi, Amlou Sweet, dianggap sebagai makanan istimewa sebenar. Ia terdiri daripada Minyak Argan yang dicampur madu dan badam, memberikan tenaga serta kekuatan, juga dikenali sebagai aprodisiak. Dalam masakan di rumah serta di restoran, Minyak Argan ditambah pada makanan yang dikukus, digoreng atau dipanggang. Dengan cara ini, ia akan meningkatkan rasa serta menyediakan beberapa vitamin tambahan yang diperlukan oleh badan.

Untuk Kesihatan Dalaman & Luaran
Minyak Argan yang ajaib dan kaya dengan khasiat ini digunakan untuk kegunaan harian. Untuk rawatan dalaman serta luaran. Ia juga digunakan pada kulit bayi untuk melindungi daripada unsur-unsur bahaya dan 'chafing'. Rawatan minyak badan merupakan rawatan perubatan Ayurvedic India Kuno yang dapat memberi tenaga kepada tubuh badan dan meningkatkan kesihatan seseorang.

 Anti Oksidan
Kandungan Vitamin E yang tinggi, 2 kali ganda lebih banyak dalam Minyak Zaitun. Vitamin E adalah penting untuk membangunkan dan mengekalkan fungsi saraf dan sistem otot. Minyak Argan mengandungi lebih daripada 80% mono dan asid lemak poli tak tepu, yang mempunyai kesan yang baik pada keadaan reumatik dan penyakit kardiovaskular.






UNTUK KULIT

~Anti-penuaan yang amat berkesan

~Menyelesaikan masalah kulit berjerawat



~Menghilangkan masalah parut

~Melindungi kulit daripada kedutan akibat penuaan pra-matang

~Mengurangkan kedutan dibawah mata

~Bertindak sebagai pelembap terbaik untuk kulit. Ia menyegar dan melembut kulit lebih mudah daripada penggunaan krim atau minyak yang lain

~Kaya dengan protein yang sangat baik untuk keanjalan kulit yang berfungsi untuk menegangkan kulit dan menjadikan ia kelihatan lebih segar

~Mampu mengurangkan kegatalan kulit dan cepat menyembuhkan tanda-tanda yang disebabkan oleh menggaru pada kulit

~Sesuai untuk semua jenis kulit


~Mampu mencegah stretchmark pada kulit akibat proses kehamilan

UNTUK RAMBUT

~Menghidrat rambut dengan cara semulajadi, mampu menstabilkan kelembapan pada rambut dan melembutkan rambut yang kasar dengan cepat

~Mampu menembusi hingga ke liang rambut serta meningkatkan keanjalan rambut. Berkhasiat untuk pertumbuhan rambut

~Anti oksidan semulajadi yang terdapat dalam minyak argan mampu mengukuhkan rambut dengan membaik pulih membran sel rosak pada rambut

~Kehadiran Vitamin E menjadinya agen terbaik untuk rawatan rambut akibat kerosakan agen perosak

~Mengekalkan kelembapan rambut serta mengembalikan kilauan dan sinar rambut

~Merawat akar rambut yang rapuh dan meransang pertumbuhan rambut yang terurus


~Kaya dengan asid lemak tak tepu seperti Omega3 dan Omega9 yang mengukuhkan struktur akar rambut serta ikatan protein dalam rambut. Menguatkan struktur rambut dari akar hingga ke hujung rambut.

UNTUK KUKU

~Menguatkan kuku yang lemah dan mudah pecah. Menguatkan kulit halus diakar kuku dan menjadikannya licin

~Kuku menjadi segar dan bersinar


~Meransang pertumbuhan kuku cantik berseri

UNTUK SENDI

~Amat berguna dalam rawatan penyakit radang kulit seperti jerawat, cacar air dan psoriasis. Tompok-tompok merah muncul pada kulit dalam penyakit-penyakit ini


~Dalam keadaan arthritis dan reumatik di mana sendi dan tisu badan yang rosak, Minyak Argan mampu melegakan dan mengurangkan kesakitan.


CARA PENGUNAAN MINYAK ARGAN AT-TIBB


1. Guna Minyak Argan Pada Kulit
Cuci permukaan kulit sehingga bersih. Titiskan minyak argan pada tapak tangan, ratakan dan sapukan pada bahagian kulit yang bermasalah. Ratakan perlahan-lahan sehingga Minyak Argan meresap kedalam kulit.

2. Guna Minyak Argan Pada Rambut -
Boleh disapu pada rambut sebagai minyak rambut pada bila-bila masa. Untuk rawatan rambut, titiskan Minyak Argan pada tapak tangan, ratakan dan sapukan pada permukaan kulit kepala serta rambut dengan cara mengurut. Gunakan sikit-sikit dan berulang kali. Boleh dibiarkan semalaman dan cuci rambut seperti biasa pada esoknya.

3.Guna Minyak Argan Pada Kuku
Sapukan minyak argan pada kuku dan ratakan perlahan-lahan sampai ia meresap. Boleh diulangi setiap hari.

Dapatkan Produk kami sekarang!!! sila hubungi talian hotline kami yang tertera di sidebar sebelah kanan untuk sebarang pertanyaan dan pesanan..                                                         









1 comment:

  1. Play online casino - kadangpintar
    Join the new generation of online casino players. Play casino slots deccasino online for 인카지노 real money with kadangpintar no download or registration needed.

    ReplyDelete