6 June 2014

PETUA DAN CARA

AsSalamualaikum Wrt......



Salam sejahtera kepada pengunjung blog kami. Kami meminta maaf kerana telah lama tidak mengupdate blog ini. Oleh kerana kami terlalu sibuk sejak kebelakangan ini kerana urusan harian...

Baiklah. Kali ini kami ingin berkongsi kepada anda pelanggan dan pengunjung blog At_tib yang di hormati. Tip-tip/petua bagaimana ingin memilih MINYAK HABBATUS SAUDA dipasaran. 

Langkah 1: 
Anda hendaklah melihat kotak atau botol dan membaca berkenaan produk dari negara pengeluar. Terdapat beberapa negara yang mengeluarkan produk MINYAK HABBATUS  SAUDA dipasaran. Negara negara berikut seperti Mesir, Syiria, Turki, India, Morocco, Sudan,  dan Algeria,.. bijirin bijirin ini berbeza mengikut suhu dan cuaca di negara negara tersebut. Maklumat yang kami dapati terdapat beberapa negara yang mempunyai kualiti bijirin hitam yang terbaik. Anda hendaklah bijak memilih produk produk dipasaran kerana terlalu banyak produk yang di import dari luar buat masa kini.

Langkah 2 : 
Anda perlulah mengetahui bagaimana MINYAK HABBATUS SAUDA di proses. Terdapat beberapa kaedah perahan digunakan secara tradisional di negara Timur Tengah. Negara negara di Timur Tengah mereka telah lama menggunakan bijirin hitam ini sejak ribuan tahun dahulu. Hingga kesaat ini kaedah perahan MINYAK HABBATUS SAUDA telah diwarisi dari generasi ke generasi. Kaedah yang paling popular diguna pakai mereka ialah bijirin itu dimasak untuk mendapatkan minyak yang lebih. 

Kaedah seterusnya bijirin diperah menggunakan mesin dan minyak HABBATUS SAUDA tiada unsur panas terdapat didalam molekulnya,ini membuatkan minyak tersebut berkualiti dan terjamin keberkesanan nya,,

Langkah 3 : PERAHAN SEJUK DAN DARA,
Terdapat banyak poduk dipasaran mengatakan minyak-minyak keluaran syarikat samada import ataupun buatan tempatan dibuat/perah secara perahan sejuk,tetapi tahukan anda bagaimana proses dilakukan dan kaedah yg tepat untuk mendaptkan minyak yang berkualiti,.jawapannya sudah tentu anda tidak tahu,..
baiklah jika dikatakan minyak perahan sejuk ia adalah minyak yang diproses tanpa sedikit pun haba yang merosakkan zat minyak. 
Minyak yang dara ialah lapisan diatas sekali. Untuk mendapatkan minyak yang berkualiti, proses proses mendapan perlu lah dibuat, Bagaimana untuk anda menilai sesuatu produk itu berkualiti atau tidak. Minyak yang berkualiti diproses dan ditapis secara rapi dan jika dibotolkan tidak terdapat habuk habuk halus. Habuk habuk ini akan bercampur dengan minyak membuatkan minyak bertukar warna dan menjadi keruh. Terdapat juga produk produk dipasaran yang mencampurkan minyak tulen dengan minyak lain seperti minyak bijan dan minyak zaitun serta pewarna.

Terdapat CARA PEMAKANAN dan pengambilan BIJIRIN HITAM yang diamalkan sejak ribuan tahun,samaada dengan mengambil terus bijirin hitam dan mengunyahnya atau memerah minyak melaui kaedah panas dan sejuk,kepada pengunjung yang belum mengetahui boleh membaca posting kami sebelum ini,..

Dengan timbulnya kesedaran dikalangan orang Islam terutamanya tentang keberkesanan HABBATUS SAUDA maka terdapat pelbagai jenis  dan jenama minyak habbatusauda yang dijual dipasaran terutama dikedai-kedai Arab yang banyak serta toko2 dan kedai borong. Malah bukan sahaja minyak tetapi terdapat juga Habbatus Sauda dalam bentuk kapsul bagi mereka yang  tidak menggemari rasa biji atau minyaknya.,



Namun apakah kriteria yang perlu dipertimbangkan semasa membeli Habbatus Sauda? Berikut diantara perkara-perkara yang perlu diketahui dan di teliti sebelum memilih dan mengamal habbatus sauda :

BIJI
Biji HABBATUS SAUDA boleh dikunyah begitu sahaja atau ditumbuk halus dan dicampurkan dengan bahan lain. Masalahnya kadang-kadang biji habbatus sauda yang belum diproses mengandungi bahan-bahan seperti logam berat. Jika diamalkan secara berpanjangan, biji yang tidak dibersihkan terlebih dahulu mungkin lebih memudharatkan dari memenafaatkan.

Biji habbatus sauda yang terrbaik datang dari negara Mesir, dan sekiranya biji adalah berkualiti baik, hanya tujuh biji diperlukan setiap hari untuk maintain tahap kesihatan yang baik.

KAPSUL/SOLFGEL
HABBATUS SAUDA yang Dijual didalam bentuk kapsul atau solfgel sesuai untuk mereka yang tidak gemar rasa biji atau minyak ini, Namun biji dan minyak akan melalui banyak proses untuk dijadikan kapsul/solfgel dan banyak khasiatnya mungkin terhapus. Kapsul/solfgel habbatus sauda mengandungi hanya sedikit sahaja minyak.

Walaupun kapsul/solfgel lebih mudah dimakan, namun adalah amat rugi kerana keberkesanannya akan berlaku apabila ianya berada didalam perut dan seterusnya diserap kedalam tubuh melalui sistem penghadaman.

Sebaiknya, dalam biji atau minyak, proses penyembuhan mula berlaku sebaik sahaja minyak menyentuh lidah. Dalam beberapa micra saat saja, isyarat-isyarat akan dihantar keotak dan tindakbalas biokimia mula berlaku untuk memulakan proses penyembuhan. In adalah kelebihan pada rasa habbatus sauda yang sungguh unik.

Bagi orang islam, perlu juga mengenalpasti sumber setiap bahan yang digunakan dalam proses pembuatan kapsul/solfgel.

MINYAK
MINYAK HABBATUS SAUDA lebih mudah dihadam dan diserap oleh sistem tubuh. Minyak-Minyak yang terbaik diproses dengan kaedah perahan sejuk iaitu diperah minyaknya tanpa menggunakan haba 

Kebanyakkan minyak yang dijual diperah sekali gus dan bukan secara berperingkat. Minyak yang diperah sekali gus kelihatan agak keruh dengan adanya mendapan biji yang hitam yang bercampur dengan minyak.  

Banyak jenama minyak habbatus sauda yang terdapat dipasaran dicampur dengan minyak lain seperti minyak bijan dan minyak zaitun serta pewarna.

MINYAK DARA
MINYAK HABBATUS SAUDA perahan pertama yang tidak menggunakan sebarang bahan kimia atau haba adalah yang terbaik. Hasil dari minyak yang diproses sebegini diklasifikasikan sebagai 'extra virgin" atau minyak dara.

Minyak habbatus sauda yang tulen rasanya agak kuat dan pedas 'menangkap' dibahagian tekak jika terdapat masalah kecil seperti batuk dan sakit tekak.

Minyak habbatus sauda terlalu banyak hasiat dan kegunaannya. Ianya haruslah diamalkan oleh setiap orang islam dengan yakin dan istiqamah, insyaALLAH kita akan dijauhkan pelbagai dari penyakit kronik,.Semoga anda mendapat panduan dan petua berkenaan BIJIRIN HITAM/HABBATUS SAUDA ini dan kita akan bertemu lagi dilain masa didalam posting akan datang,.insyaALLAH,


5 comments:

  1. mana harga nya? puas dah cari kat website nie.. Saya tak faham lah kenapa takut2 nak letak harga?

    ReplyDelete
  2. Saya dh msj no yg kt tapi belum ada blsan

    ReplyDelete
  3. 012 225 1736 hotline...
    Segala pertanyan sila call atau mesej.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum. Maaf sy nk tanya jika haiwan ternakan sakit contohnya lembu... Bolehkan diberi minum minyak habbatussauda?

    ReplyDelete
  5. Tq.....info yg sangat berguna

    ReplyDelete