22 October 2013

PUNCA PENYAKIT

AsSalamualaikum...

Salam sejahtera pengunjung blog dan sahabat semua kami berterima kaseh kepada anda kerana sudi melawat blog kami dan kami doakan anda semua berada didalam keadaan sihat dan bergembira disamping keluarga anda,..
Kali ini kami ingin berkongsi cerita berkenaan PERUT..ya perut yang mempunyai berbagai fungsi dan kejadian ALLAH swt menjadikan perut kita sebagai tempat menyimpan makanan yang kita makan seharian dan Sebagai umat islam kita diberitahu oleh Nabi saw bahawa  perutlah punca segala penyakit bertepatan dengan Hadith baginda..

Nabi Saw   Bersabda maksudnya: "Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan." (Riwayat ad-Dailami).

Oleh demikian kita sebagai Umat islam sangat yakin Sabdaan Nabi saw ini..umum mengetahui makanan pada zaman kita ini terdedah dengan pelbagai aneka ragam kimia atau bahan pengawet termasuklah ubat ubatan..makanan kita pada hari ini seperti sayur sayuran yang terdapat dipasaran,ikan,ayam,daging, dan berbagai lagi makanan segera bahan-bahan kimia/pengawet yang dimasukan kedalam makanan inilah menjadi punca penyakit pada kita tanpa kita sedari kita mengidap penyakit yang kronik disebabkan makanan kita sehari hari,.oleh itu sangat bertepatanlah dengan sabdaan Baginda  Nabi saw itu bahawa perut punca penyakit dan perlu dijaga diawasi makanan yang dimakan samaada didalam rumah mahupun makanan yang diluar rumah,amalkan  kebersihan dan disahkan HALAL makanan kita semoga kesihatan berada didalam keadaan baik tanpa penyakit penyakit kronik insyaALLAH.