24 December 2013

KAEDAH PEMAKANAN SUNNAH

AsSalamualaikum wrt...





Salam sejahtera kepada pengunjung blog AT_TIBB minyak sauda yang dimuliakan Allah swt semoga anda berada didalam sihat dan sejahtera..
baiklah kali ini kami ingin berkongsi Kisah berkenaan MINYAK HABBATUS SAUDA dan kelebihannya..

Mengikut sumber hadis yang soheh bahawa Baginda Nabi Saw mengatakan Habbatus sauda adalah obat segala penyakit kecuali maut,.kita sedia maklum akan perkhabaran Nabi saw itu dan amat yakin dengan Hadis Saw..oleh demikian pasti tiada yang meragukan sebab yang menyampaikan itu adalah Rasulullah saw dan setiap apa yang disampaikan oleh baginda adalah wahyu yang diwahyukan...

Baiklah kami disini ingin berkongsi kaedah Pertama atau Cara pemakanan Habbatus Sauda yang Nabi saw amalkan..Mengikut Riwayat Ada beberapa cara Nabi Saw amalkan Bijirin ajaib ini..
kaedah Pertama ialah ambil 7 biji Habbatus Sauda kemudian kunyah sampai hancur..
mengapa Nabi Saw mengunyah bijirin Ajaib?
Jawapannya ialah Baginda inginkan Minyaknya serta khasiatnya  serta serat yang terkandung didalam Bijirin Ajaib ini...maka sudah pastilah minyak yang terhasil dari kunyahan tersebut masuk kedalam Ruangan kerongkong kita dan terus ke Organ Dalam badan melalui usus dan terus kedalam perut besar untuk diproses.

Baik kaedah kedua ialah MINYAK HABBATUS SAUDA juga boleh digunakan untuk sapuan/luaran sebagai contoh gatal gigitan serangga,sakit sendi,migrain,gaout,sengal sengal,luka kecil,kembong perut(bayi),sakit gigi/gusi,sapu di bahagian hidung jika selsema,digunakan sebagai minyak urutan badan, menghalus kulit muka,jerawat,panau,kayap penyakit kulit atau kulat,dan sebagainya ia telah terbukti keberkesanannya jika disapu MINYAK HABBATUS SAUDA akan menjadi bius-bius kecil dan akan meresap kedalam kulit untuk melegakan kesakitan,.insyaALLAH,

Maka itulah kami secara Moden mengeluarkan Pati MINYAK HABBATUS SAUDA perahan sejuk  Dalam bentuk botol disebabkan Terlalu banyak khasiatnya minyak Habbatus Sauda Yang telah dikaji oleh Ilmuan Islam terdahulu dan masakini..sekian kita berjumpa lagi dimasa akan datang.









22 October 2013

PUNCA PENYAKIT

AsSalamualaikum...

Salam sejahtera pengunjung blog dan sahabat semua kami berterima kaseh kepada anda kerana sudi melawat blog kami dan kami doakan anda semua berada didalam keadaan sihat dan bergembira disamping keluarga anda,..
Kali ini kami ingin berkongsi cerita berkenaan PERUT..ya perut yang mempunyai berbagai fungsi dan kejadian ALLAH swt menjadikan perut kita sebagai tempat menyimpan makanan yang kita makan seharian dan Sebagai umat islam kita diberitahu oleh Nabi saw bahawa  perutlah punca segala penyakit bertepatan dengan Hadith baginda..

Nabi Saw   Bersabda maksudnya: "Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan." (Riwayat ad-Dailami).

Oleh demikian kita sebagai Umat islam sangat yakin Sabdaan Nabi saw ini..umum mengetahui makanan pada zaman kita ini terdedah dengan pelbagai aneka ragam kimia atau bahan pengawet termasuklah ubat ubatan..makanan kita pada hari ini seperti sayur sayuran yang terdapat dipasaran,ikan,ayam,daging, dan berbagai lagi makanan segera bahan-bahan kimia/pengawet yang dimasukan kedalam makanan inilah menjadi punca penyakit pada kita tanpa kita sedari kita mengidap penyakit yang kronik disebabkan makanan kita sehari hari,.oleh itu sangat bertepatanlah dengan sabdaan Baginda  Nabi saw itu bahawa perut punca penyakit dan perlu dijaga diawasi makanan yang dimakan samaada didalam rumah mahupun makanan yang diluar rumah,amalkan  kebersihan dan disahkan HALAL makanan kita semoga kesihatan berada didalam keadaan baik tanpa penyakit penyakit kronik insyaALLAH.









21 September 2013

HABBATUS SAUDA vs BATU KARANG



AsSalamualaikum wrt..

Sudah banyak kajian berkenaan keberkesanan Bijirin Hitam@Habbatus Sauda dibuat oleh pakar-pakar perubatan Moden dan Tradisi DiBarat mahupun Pakar perubatan Islam.

Penemuan-penemuan perubatan itu telah dibukukan oleh Ilmuan Islam yang tersohor ya itu Ibnu Sinar r..h yakni bapa kedoktoran Islam yang sangat terkenal mengikut kajianya terdapat beberapa penyakit yang sememangnya Menghantui permasalah insani manusia seperti yang terdapat didalam tulisannya.. 

"
Ibnu Sina  R.h dalam kitab besarnya: “Al-Qanun fi al-Tibb” menyatakan: Habbah Sauda boleh melancarkan keluarnya darah haid wanita yang bermasalah dalam hal ini ia juga bertindak seperti bom untuk menghancurkan batu karang yang ada pada buah pinggang dan tempat berkumpulnya air kencing, caranya ialah Habbah Sauda dicampur dengan madu dan air panas lalu diminum untuk beberapa hari”.Ibnu Sina turut berkata di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus sauda boleh merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat"

Begitulah kehebatan dan kajian seorang tokoh perbuatan Islam yang tersohor dan tersanjung didunia barat mauhupun didunia Islam..

sekian perkongsian maklumat peurabatan berasaskan BIJIRIN HITAM@HABBATUS SAUDA..kami akan berkongsi lagi berkenaan maklumat dilain masa InsyaALLAH.




10 July 2013

MINYAK HABBATUS SAUDA' PERAHAN SEJUK(cold press)







Assalamualaikum wrt...




APA ITU PERAHAN SEJUK?


Minyak yang dihasilkan dari bijirin Habbatus Sauda’ dari bahan mentah tanpa dicampurkan dengan apa-apa kimia dalam proses penghasilan tersebut.
Minyak Kekal Habbatus Sauda’ yang terbaik dihasilkan oleh proses perahan sejuk (cold press) di bawah paras suhu 30 darjah celcius.  Suhu yang tinggi dalam proses pemerahan boleh merosakkan mutu minyak yang dihasilkan.
Untuk tujuan penyembuhan dan perawatan juga maka yang terbaik ialah minyak kekal yang dihasilkan oleh perahan sejuk.  Minyak Habbatus Sauda’ yang dihasilkan dengan cara ini akan berwarna kekuning dan mempunyai bau dan rasa yang baik.



Minyak perahan sejuk adalah yang dihasilkan dengan teknik perahan yang menggunakan teknik kehangatan rendah iaitu 30 darjah celsius. (sedangkan suhu badan manusia ialah 37darjah celsius). Tidak dinafikan sekiranya terdapat elemen panas dalam proses pemerahan, maka minyak yang dihasilkan akan lebih banyak. Bagaimanapun, ciri-ciri rasa, khasiat malahan warna akan berubah. Sebagai contoh, sekiranya 1kg biji habbatus sauda diperah dengan teknik panas, akan dapat menghasilkan di antara 500g-750g minyak habbatus sauda. Berbanding dengan 150g kalau dihasilkan melalui perahan sejuk.

Dan jelas minyak habbatus sauda perahan sejuk dihasilkan dalam bentuk kuning keemasan, berbanding perahan panas yang berwarna gelap. Analogi yang mudah, boleh dilihat pada minyak masak. Semua minyak masak baru akan berwarna kuning keemasan, tapi apabila telah digunakan beberapa kali atau dihangatkan berkali-kali, warnanya akan menjadi gelap. Dan tidak lagi berkhasiat.

Masyarakat yunani purba telah menggunakan Habbatus Sauda sejak 5000 tahun yang lampau untuk tujuan perubatan. Mayat raja Yunani pada masa itu akan ditanam bersama dengan Jintan Hitam untuk berfungsi sebagai pengawet mayat. Ahli perubatan Yunani Kuno,Galen telah menggunakan Habbatus Sauda dalam rawatan perubatan . Beliau merupakan tabib diraja bagi Maharaja Aurelius. Ahli perubatan Firaun telah mengenali Habbatus Sauda sejak 4000 tahun lampau. Dalam kubur Tuthakamun ditemui bekas khas Amphora yang digunakan untuk menyimpan minyak Habbatus Sauda. Ratu Nefertiti zaman firaun menggunakan habbatus sauda untuk menjadi cantik. Cleopatra seorang ratu Mesir,merawat tubuhnya dengan menggunakan minyak habbatus sauda dalam susu untuk mandian baginda. Bani Israel telah mengamalkan memakan minyak habbatus sauda bahkan ia menjadi ladang pertanian semasa zaman Nabi Sulaiman,Nabi Daud dan Nabi Musa.

Ibnu sina dalam Qanun fil al tibb menyatakan habbatus sauda merangsang tenaga ,membantu memulihkan kepenatan,membantu dalam kelelahan kronik serta memberi kesan terapi. Albiruni pula menyebut bahawa orang China dan India menggunakan bahan pemakanan sejak kurun ke 10 lagi. Banyak penyakit yang boleh sembuh dengan habbatus sauda dengan izin Allah iaitu kembung,susu ibu,sakit gigi,kulit berkudis,buasir,kusta ,gigitan anjing gila dan banyak lagi.....

KEBAIKAN Sauda':

ANALISIS KE ATAS MINYAK
Analisis telah menunjukkan bahawa Minyak Habbatus Sauda' mengandungi 0,5-1.5% essential oil. Ia mempunyai kesan holistic dengan baunya sahaja boleh mencetus pengluaran hormone dan bahan pembawa (messenger substance). Sebagai minyak ia dihadam masuk ke dalam salur limfa (lymphatic vessel) dalam usus, meresap ke dalam untuk membuka laluan dan membuang sumbatan (decongest) dalam kor sistem lymphatic.

KAEDAH PENGAMBILAN
LUARAN
Bila disapu di luaran ia ada tindakbalas rubefacient ( membekas dan merangsang peredaran darah ditempat yang digosok) dan kesan bius tempatan lembut (local anaesthetic effect)
DALAMAN
Bila diambil secara dalaman, ia menyebabkan rembesan saliva, menjadi expectorant (Mengeluarkan kahak, mucus dan hingus dari paru-paru, bronkus dan trachea), melegakan kembung dan angin, colic sakit perut dan kesan purgative (pengeluaran isi perut)
HIDUAN
Bila dihidu aromanya ia merembes cecair badan, dan melegakan salur nafas yang tersumbat (congestion of the bronchioles)

TINDAK BALAS HABBATUS SAUDA' KEMUNGKINAN SEBAB/PUNCA
Berikut adalah senarai beberapa tindak balas awal yang mungkin berlaku jika mula-mula mengambil Habbatus Sauda':
1. Muntah (Masalah sistem penghadaman)
2. Demam (Masalah usus kecil / besar)
3. Najis berdarah (Masalah anus (lubang dubur) dan buasir)
4. Cirit-birit (Masalah limpa / hati)
5. Berpeluh (pengeluaran haba dalam badan)
6. Sengal bahagian sendi (Masalah urat darah dan reaksi kelebihan asid uric)
7. Sakit Pinggang (Masalah buah pinggang)
8. Sakit tekak / kerongkong (Masalah paru-paru)
9. Kencing berbau (Masalah buah pinggang)
11. Kencing manis bertambah (Masalah hati dan pancreas)
12. Pengeluaran haid berlebihan (Proses perubatan hormon dan masalah limpa)
13. Bertambah selera makan (Proses perubatan kolestrol)
14. Bengkak anggota badan (Masalah buah pinggang)
15. Gatal hidung (Masalah resdung dan alahan)


Menguatkan Sistem Pertahanan badan (Immune System) pada diri manusia.
1. Makan beberapa titis minyak atau 1/2 sudu teh  Minyak Habbatus Sauda' untuk dimakan setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan secara berterusan.
2. Jika mempunyai masalah yang lebih berat, maka disyorkan mengambil satu sudu teh (5ml) sebelum sarapan pagi.
3. Selain dari itu sebagai alternatif Habbatus Sauda' boleh di ambil sebagai kapsul atau kapsul minyak Habbatus Sauda'. Dosage adalah mengikut saranan pengeluar. Salah satu penemuan awal dalam kajian ke atas Habbatus Sauda ialah keupayaannya meningkatkan sistem pertahanan badan.
“ Habbatus Sauda' memiliki peranan yang penting pada pencegahan tumor & kanser.Pada penggunaannya dalam waktu yang lama minyak Habbatus Sauda' memperkuat sistem pertahanan badan. Selain itu dapat mempercepat pembelahan sel ”.Dr. Stanley Kopok,
University of Arizona, USA
Kesan pengambilan Habbatus Sauda' dengan nilai pemakanan dan nilai perubatannya, bukan sahaja ia membantu memulihkan keadaan semasa tetapi ia juga membantu tubuh membina daya ketahanan terhadap kemungkinan serangan penyakit.


KECERGASAN MINDA
Tenaga untuk mengulangkaji pelajaran
Minum ½ sudu minyak Habbatus Sauda', atau campurkan dengan minuman panas.
Menguatkan Ingatan/MEMORY IMPROVEMENT
Satu sudu teh minyak Habbatus Sauda' dicampur dengan 100 mg daun MINT yang direbus. Selain dari itu biji Habbatus Sauda' yang dihancurkan boleh dicampurkan ke dalam minuman panas. Ia diminum ketika diperlukan.


KENCING MANIS / DIABETES
1. Amalkan minum satu sudu teh (5ml) minyak Habbatus Sauda' sebelum sarapan pagi.
2. Campurkan satu cawan biji water cress (Nasturtium microphyllum) dengan secawan Habbatus Sauda', setengah cawan kulit pomegranate, san setengah cawan fumitory (Fumaria officinalis). Hancurkan sehingga jadi tepung, ambil setengah sudu campuran itu dengan satu sudu (5ml) minyak dara Habbatus Sauda' setiap pagi sebelum sarapan selama sebulan.
Peringatan:
Sebarang kaedah rawatan kencing manis hendaklah diselaraskan dengan nasihat doktor. Pengetahuan tentang penyakit ini amat penting dalam mengawalnya.
Habbatus Sauda'
1. Menolong mengurangkan rasa lesu dan lethargic pada pengidap kencing manis. Hidup akan menjadi lebih aktif dan bermaya.
2. Menolong mengurangkan tahap gula dalam darah. Ada kes-kes di mananpengambilan Habbatus Sauda menyebabkan penurunan gula dalam darah dengan mendadak (hypoglycemia) tahap gula dalam darah yang rendah adalah amat merbahaya. Ia boleh menyebabkan pengsan dan fatality. Oleh sebab itulah pengambilan Habbatus Sauda' mestilah diselaraskan dengan rawatan konvensional.
Antara langkah yang mungkin perlu diambil ialah:

1.Mengurang atau menambah kuantiti pengambilan Habbatus Sauda' mengikut tahap gula dalam darah. Adalah penting untuk pengidap kencing manis untuk memantau tahap gula mereka di klinik atau hospital. mengunakan Alat-alat pembacaan tahap gula dalam darah boleh dibeli dengan harga yang berpatutan.
2.Mengikut nasihat doktor dalam pemakanan.
3.Pengambilan Habbatus Sauda' juga boleh menolong mengurangkan kesan sampingan akibat kencing manis seperti kerosakan pada saraf hujung anggota badan (peripheral neuropathy), kerosakan kepada hati (liver), mata dan buah pinggang.
4.Biasanya penyakit kencing manis akan diiringi oleh masalah-masalah kesihatan yang lain seperti tekanan darah tinggi, masalah jantung, dan sebagainya. Pengambilan Habbatus Sauda' dapat mengurangkan penderitaan pengidap penyakit ini.
Seorang yang mengidap diabetes tidak dapat menghasilkan hormon insulin yang cukup untuk menggunakannya dengan efektif, sehingga menyebabkan tahap gula (glucose) dalam darah menjadi tinggi. Dengan peredaran masa, ketidakseimbangan ini akan
menyebabkan sakit jantung, kerosakan saraf, sakit ginjal, hilang penglihatan dan lain-lain komplikasi.

Ada dua jenis diabetes:
Type 1:
Diabetes bergantung dengan insulin yang biasanya terjadi sebelum umur 30 tahun.
Type 2:
Diabetes tidak bergantung kepada insulin yang menjadi 90% dari keseluruhan kes-kes diabetes biasanya muncul selepas umur 45 tahun.
Type 1 terjadi bila pankreas berhenti menghasilkan insulin.
Sebab-sebabnya tidak diketahui, berkemungkinan besar disebabkan oleh tindak balas auto-immun. Pengidap jenis ini mesti mengambil insulin sepanjang hidup mereka.
Jenis diabetes Type 2 terjadi apabila berlaku tentangan terhadap fungsi insulin. Pankreas mengeluarkan secukupnya insulin tetapi sel-sel badan tidak bertindakbalas kepadanya. Gemuk yang berlebihan adalah penyebab utama. Faktor genetik / keturunan juga
memainkan peranan utama. Habbatus Sauda' adalah herba yang efektif untuk menurunkan tahap gula dalam darah.
Selain dari itu seorang pengidap diabetes hendaklah:
Bersenam selalu, turunkan berat badan ia dapat menolong mengawal daibetes Makan makanan yang kurang gula dan lebih banyak fibre atau serat.

KANSER
Melawan & menghancurkan sel-sel kanser/tumor.
Makan beberapa titis minyak atau biji HabbatusSauda' untuk dimakan setiap pagi sebelum sarapan.
Rawatan untuk Kanser:
Campurkan 1 kg minyak Habbatus Sauda' dengan 1 kg madu asli kemudian panaskan selama 15 minit, selepas itu campurkan ½ cawan jus lemon dan biarkan ia sejuk. Ambil 2 sudu teh campuran ini setiap pagi selama 3 minggu atau lebih.
Semasa rawatan Radiotherapi/chemotherapi
Minum satu sudu teh minyak Habbatus Sauda' setiap hari.
Petua Cara Mencegah Kanser
1. Amalkan Minum satu sudu teh minyak Habbatus Sauda' sebelum sarapan.
2. 2 sudu teh minyak Habbatus Sauda' 2 sudu teh biji Habbatus Sauda' yang ditumbuk halus,1 sudu teh royal jelly, Panaskan sedikit minyak Habbatus Sauda dalam kuali, campurkan dengan biji yang telah ditumbuk halus, kemudian gaulkan dengan royal jelly dan angkat. Simpan ditempat yang sejuk.
Ambil satu sudu teh campuran ini sebelum makan 3 kali sehari. Amal selama 6 minggu kemudian selepas itu kurangkan dos nya kepada 2 kali sehari.
Keupayaan Habbatus Sauda untuk melawan, mencegah dan merawat kanser telah dibuktikan dalam kajian saintifik. Untuk contoh-contoh kajian yang telah dijalankan,
Di bawah ini adalah contoh kajian in vitro yang dibuat mengenai kanser payudara dan Habbatus Sauda':
1. Farah, I.O., Begum, R.A. Effect of Nigella sativa (N. sativa L.) and oxidative stress on the survival pattern of MCF-7 breast cancer cells. Biomed Sci Instrum. 2003;39:359-64.;
2. Farah, I.O., Assessment of Cellular Responses to Oxidative Stress using MCF-7 Breast Cancer Cells, Black Seed (N. Sativa L.) Extracts and H2O2. Int. J. Environ. Res. Public Health 2005, 2(3), 411-419 Pengkaji tersebut ialah Dr. Ibrahim O. Farah dari Department of Biology, Jackson State University, Jackson, MS 39217, USA

Berikut adalah rumusan pengkaji tersebut:
In conclusion, N. Sativa alone or in combination with oxidative stress was found to be effective (in vitro) in influencing the survival of MCF-7 breast cancer cells, unveiling promising opportunities in the field of cancer chemoprevention and/or treatment.
-“ Sebagai rumusan, Habbatus Sauda (Nigella sativa) sendiri atau kombinasi dengan oxidative stress …. Didapati berkesan… untuk mempengaruhi survival sel-sel kanser payudara…. Menyingkap satu peluang yang memberi harapan dalam bidang mencegah kanser… dan / atau rawatan.”
Dalam kajian tersebut ekstrak Habbatus Sauda' (menggunakan teknik ekstrak alcohol) telah dikenalpasti sebagai sangat berkesan membunuh sel-sel kanser payudara. Akhir sekali pengkaji tersebut telah mengesyorkan supaya kajian lebih mendalam dibuat dalam
usaha membongkar rahsia bagaimana Habbatus Sauda berfungsi sebagai anti-kanser...

sila amalkanMinyak habbatus sauda secara berterusan untuk mendapatkan keberkesanannya insyaALLAH,yakinlah dengan PEROBATAN SUNNAH,





1 July 2013

CARA PEMAKANAN

Assalamualaikum Wrt...



Cara Pengambilan Minyak Habbatus Sauda:

Di ambil ketika awal pagi sewaktu perut masih kosong dan malam sebelum makan,.ambil sentengah jam sebelum makan apa-apa makanan,
Boleh Dimakan secara terus atau dicampurkan dengan minuman atau makanan,

Amalkan setiap hari dimulakan dengan mengambil MINYAK HABBATUS SAUDA
kemudian Minum segelas Air suam atau Air sejuk biasa,
Bagi mengetahui sukatannya Bolehlah gunakan sudu atau terus PAM dengan 6 kali 
terus kedalam mulut atau gunakan sudu dengan sukatan 1/2 sudu teh pagi 1/2 sudu teh sebelah malamnya dua kali sehari..Ambil setengah jam sebelum sarapan pagi atau setegah jam sebelum makan malam,


SUKATAN:6 PAM Bersamaan 1/2 Sudu Teh,.
Jika ada penyakit ringan seperti darah tinggi,kencing  manis  dan lain-lain
boleh ambil lebih MINYAK HABBATUS SAUDA' 3 kali sehari,

KHASIAT HABBATUS SAUDA: 


Berdasarkan Kajian-kajian yang telah dibuat membuktikan bahawa Habbat Sauda mempunyai khasiat-khasiat perubatan yang berikut:


1. Asid Urik dan Gout ia Membantu mengeluarkan asid urik dari badan dan mengelakkan dari terkena penyakit gout.

2. Asthma Bahan “Nigellon” yang terdapat dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan kesukaran pernafasan dan serangan Asthma dan memberi menafaat dalam rawatan serangan yang terjadi ke atas pembuluh udara (bronchitis).
3. Selsema dapat menyembuhkan selsema.
4. Tekanan Darah Tinggi boleh merendahkan tekanan darah.
5. Alahan (Allergic)Bahan “Nigellon” dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan pengeluaran bahan “Histamine” dan bahan-bahan yang menyebabkan kejadian alahan (allergic).
6. Pengeluaran Bahan Empedu (Bile)Juzuk Karbonil dan Thymoquinone (dua kandungan asas di dalam Habbatus Sauda) mempunyai keupayaan dalam menambahkan pembuangan empedu dari pudi empedu, untuk mengelakkan dari kewujudan penyakit batu pundi empedu.
7. Melancarkan Pengeluaran Susu mempunyai kesan yang kuat ke atas pertambahan kelancaran pengeluaran susu pada ibu.
8. Kesendatan Pembuluh Darah (Thrombosis)Ia mempunyai kesan ke atas sistem kesendatan pembuluh darah di dalam tubuh dan di luar tubuh. Maknanya darah yang mengalir akan berhenti dengan cepat akibat kecepatan pembekuan darah. Begitu juga ia mempunyai kesan ke atas kecergasan pemecahan fibrin di dalam darah tersebut.
9. Sistem Kekebalan (Immunity) Tubuh ia meningkatkan sistem kekebalan supaya dapat membunuh kuman-kuman (bacteria), virus atau sel-sel barah supaya dapat mengelakkan tubuh dari dijangkiti penyakit-penyakit.
10. Barah ia dapat melindungi tubuh dari wujudnya kesan-kesan beracun akibat kegunaan “Cisplatin”, yang digunakan dalam merawat bengkak-bengkak barah. Ubat “Cisplatin” ini, seperti lain-lain ubat yang digunakan untuk merawat bengkak-bengkak barah, menyebabkan kesan-kesan serangan sampingan (side effects).
11. Kuman-kuman ia amat aktif dan berkesan dalam membunuh beberapa jenis kuman seperti “E Coli”, “Strep.Fecalis” dan “Bacillus subtilis.” Ia juga mungkin berfaedah dalam melindungi gigi dari kejadian kerak-kerak kuning pada gigi (Plaques) dan kereputannya.
12. Ceret-Beret disebabkan Kuman dan dapat merawat masaalah ceret-beret dengan membunuh kuman-kuman yang menyebabkannya, seperti Kolerra, Shigella dan E.Colli yang berupaya menentang beberapa antibodi.
13. Kencing Manis ia dapat mengurangkan tahap kandungan gula di dalam darah.
14. Rheumatisme Pengakuan dari pakar seluruh dunia“ Habbatus Sauda’ memiliki peranan yang penting pada pencegahan tumor & kanser...

Yakinlah kita umat Islam dengan pemakanan Sunnah Nabi SAW ini sesungguhnya bahawa Nabi SAW itu Adalah Doktor Ummah,















26 June 2013

STOKIS DIPERLUKAN

Assalamualaikum wrt...




KELEBIHAN STOKIS AT-TIBB:
MODAL YANG RENDAH DAN MINIMA..
KAMI  JUGA MENAWARKAN SEHINGGA 30% KE 35% KEUNTUNGAN 
SETIAP JUALAN ANDA..

KEPADA SURIRUMAH,PELAJAR, PENIAGA KIOS,PEKERJA DISETIAP SEKTOR DAN YANG BERMINAT UNTUK MENAMBAH PENDAPATAN LUMAYAN SILA BERHUBUNG  DENGAN SYARIKAT KAMI DITALIAN HOTLINE DIBAWAH.. 

( SENARAI STOKIS/WAKIL)


WARGA SHAH ALAM BOLEH DAPATKAN DI---->PF BOOK KOMPLEK PKNS LOT G 41,

USRAH HALAL MARKET 
NO1-G-16,BLOK 1 WISMA MAIS SEK 3 S.ALAM,

WARGA KUALA LUMPUR BOLEH DAPATKAN DI---->BINARY HERB SHOP..NO 57 LORONG RAJA BOT.OFF JALAN RAJA ALANG,50300 KUALA LUMPUR,

RAWINUR ENT..NO 31-1 JALAN RAJA ALANG KG BARU 50300,K.L

SRI BRIPO TRADING,
NO 10/11 124-D JALAN RAJA ALANG 50300 KG BARU K.L

NAMA MU JAYA ENT,
124-D JALAN RAJA ALANG K.L.

JALAN RAJA CHULAN/P RAMLEE 012 6690647




SHAH ALAM .SEKSYEN 27,28,26- 01121391845


BOLEH DAPATKAN JUGA DI KEDAI ONLINE TERBESAR DIMALAYSIA--->http://www.rizi-biz.com/


KAMI  SANGAT MENGALUKAN KEPADA SESIAPA YANG  BERMINAT DAN INGIN MENJADI WAKIL JUALAN/STOKIS BAGI KAWASAN DAN DAERAH DISELURUH MALAYSIA BOLEH BERHUBUNG DI.... HOTLINE KAMI..




                                               


6 June 2013

PROMOSI


Assalamualaikum...

Kami syarikat HEMBUSAN KASTURI RESOURCES (002230479-U) pengeluar minyak habbatus sauda jenama AT-TIBB mencari  wakil pengedar dan pemborong Minyak Habbatus Sauda keluaran kami  dan menjemput sesiapa yang ingin menjadi pengedar bolehlah hubungi kami melalui no tel  012 2251736 dan email kami.

Kami mempunyai beberapa saiz botol untuk peruncit dan pemborong,.saiz 60ml, 1 liter, 10 liter dan 50 liter,
                                                   

    



                                                      
KHASIAT HABBATUS SAUDA...

Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan dallm bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang terdapat di dalamnya biji Habbatussauda. Tumbuhan ini terdapat di negara Arab dan dikenali dengan pelbagai nama seperti Habbatussauda(Mesir , Syam), dalam Bahasa Inggeris dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin. Produk mempunyai khasiat yang amat tinggi.



Mengandungi lebih drp 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia. Hsauda ini ialah satu supplement/ubat yg membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu itu. Ianya akan membersihkan darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat .

Tujuh ciri-ciri nilai pemakanan utama habbatus sauda:

1. Kaya dengan Monosaccharide Glukosa, xylosa dsb. polysaccharide fatty acid yang tidak tepu. EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan. Amino acid yang membentuk protein. Karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi, dsb.
2. Sistem imunisasi- Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.
3. Anti-histamine- Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.
4. Anti-tumor- Kajian in vitro mendapati habbatus sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.
5. Anti-bakteria- Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.
6. Anti-radang (anti-inflammation)- Habbatus sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).
7. Menggalakkan pengeluaran susu- Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

KAJIAN PERUBATAN

Sejak tahun 1959, lebih dari 200 kajian dihasilkan oleh universiti di peringkat antarabangsa dan artikel yang dikeluarkan oleh berbagai journal perubatan telah menunjukkan penemuan yang baik bagi menyokong khasiat tradisional Habbatus Sauda yang telah direkodkan semenjak 2tahun lalu. Berikut ialah sebahagian dari kajian dan artikel perubatan tentang Habbatus Sauda:-



Ibnu Sina- Habbatus Sauda merangsang tenaga dan membantu memulihkan kepenatan dan semangat. (Buku Ibnu Sina "Canon of Medicines")

Ibnu Qayyim- Habbtus Sauda berupaya memulihkan penyakit seperti batuk, "bronchitis", masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid, menambah susu badan wanita, menambah pengaliran air liur dan sebagainya. (Buku Ibnu Qayyim "Medicine of the Prophet")

Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system). Antara bahan-bahan kandungan Habbatus sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.

Professor G. Rietmuller- Bahan ekstrak Habbatus Sauda menunjukkan kesan amat positif terhadap sistem immunisasi badan dan boleh digunakan sebagai "bio-regulator'. (Professor G. Rietmuller, Director of Institute of Immunology, University of Munich, Germany)

Dr. Ahmad El-Qadi (Islamabad, Pakistan) dan Dr. Usama Qandil (Florida, USA) mendapati pengambilan 1 gram Habbatus Sauda sebanyak dua kali sehari mempunyai kesan peningkatan yang mengagumkan terhadap fungsi immuniti badan. Penemuan ini dianggap penting untuk memungkinkan penggunaan Habbatus Sauda sebagai bahan peningkatan immuniti semula jadi badan untuk rawatan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit yang lain berkaitan kekurangan immuniti badan.

Kajian oleh Dr. Haq terhadap sukarelawan pesakit AIDS di Department of Biological and Medical Research Centre, Rilyadh menunjukkan bahawa Habbatus Sauda berupaya meningkatkan kadar diantara 'helper T-cells' dan 'suppresser T-cells' sebanyak 55%. Aktiviti 'natural killer cells' juga menunjukkan peningkatan purata sebanyak 30%.

Dr. Peter Schleicher, seorang pakar immunisasi (immunologist) di Munich mendapati Habbatus Sauda berjaya menyembuhkan seramai 420 daripada 600 orang sukarelawan pesakit allergik. Kebanyakan pesakit-pesakit ini mengidap allergik terhadap 'pollen' dan habuk, jerawat dan saraf kulit, pesakit lelah dan pesakit-pesakit yang pada amnya mempunyai daya tahan yang lemah terhadap jangkitan. (Nota: Dr. Peter Schleicher telah dipilih sebagai ahli paling muda di World Academy of Scientist)

Penyelidik Amerika menulis laporan pertama di dunia mengenai kesan 'anti-tumor' yang ditunjukkan oleh Habbatus Sauda. ("Study of the Effects of Nigella Sativa on Humans")

Professor Michael Meurer- Habbatus Sauda berupaya menghentikan 'inflammations' dan masalah saraf kulit (neurodermitis) (Professor Michael Meurer, Dermatology Clinic of Munich, Germany)

Saintis-saintis di Cancer and Immuno-Biological Laboratory of Germany mengesahkan Habbatus Sauda berupaya meransang 'bone marrow' dan sel-sel immuniti, meningkatkan penghasilan 'interferon' dan mempertahankan sel-sel biasa terhadap kesan kemusnahan sel oleh virus. Habbatus Sauda juga berupaya memusnahkan sel-sel tumor dan meningkatkan bilangan antibodi yang menghasilkan "B cells".


Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)



Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.

Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek. Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antara lain:

* Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
* Antiarthritis, mengubati reumatik.
* Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
* Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
* Antiseptik, mengubati bau mulut.
* Antivirus, mengubati demam dan flu.
* Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
* Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
* Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
* Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
* Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
* Nematocidal, mengubati cacing pita.
* Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).


Di bawah ini kami sertakan 7 ciri-ciri utama habbatus Sauda:

1. Nilai pemakanan

Habbatus Sauda kaya dengan:

~ monosaccharide glukosa, xylosa dsb.

~ polysaccharide

~ fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan

~ amino acid yang membentuk protein

~ karotene iaitu sumber vitamin A

~ kalsium, zat besi, dsb.

2. Sistem imunisasi
Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

3. Anti-histamine

Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4. Anti-tumor

Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti-bakteria

Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

6. Anti-radang (anti-inflammation)

Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

7. Menggalakkan pengeluaran susu

Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.


Di Timur Tengah, minyak ini telah digunakan selama ribuan tahun sebagai ubat untuk segala macam penyakit alergi, radang, gangguan menstruasi, tekanan moral, dan depresi, tetapi terutama terhadap bronkhitis, asma, dan neurodermatitis serta pencernaan yang buruk, bahkan impotensi...